Pusat perkongsian ilmu kewangan dan kesedaran perancangan kewangan keluarga
✅ Pengurusan Bajet – Membantu mengawal perbelanjaan dan meningkatkan simpanan.
✅ Pelaburan – Mencadangkan strategi pelaburan berdasarkan matlamat kewangan dan tahap risiko.
✅ Perancangan Persaraan – Membantu menyediakan dana mencukupi untuk kehidupan selepas bersara.
✅ Perlindungan Insurans/Takaful – Menilai keperluan perlindungan untuk mengurangkan risiko kewangan.
✅ Perancangan Harta Pusaka – Membantu merancang pewarisan aset secara sistematik supaya harta dapat diagihkan dengan lancar mengikut kehendak pemilik dan hukum syarak.
✅ Percukaian – Membantu merancang cukai secara efisien bagi mengurangkan beban cukai.
Seorang perancang kewangan yang berlesen di Malaysia perlu mendapat kelayakan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bergantung pada skop khidmat mereka.
Ramai yang bekerja keras untuk mencari wang, tetapi tanpa pengurusan kewangan yang baik, duit itu boleh ‘hilang’ begitu saja. Jom elakkan 6 kesilapan kewangan ini!
1️⃣ Tak Ada Simpanan Kecemasan
➝ Sekurang-kurangnya simpan 3-6 bulan gaji untuk menghadapi situasi tidak dijangka seperti kehilangan kerja atau kecemasan perubatan.
2️⃣ Berbelanja Tanpa Perancangan
➝ Beli dulu, fikir kemudian? Ini bahaya! Amalkan konsep “Bayar Diri Sendiri Dahulu” – simpan & laburkan sebelum berbelanja.
3️⃣ Bergantung Pada Hutang Kad Kredit
➝ Gunakan kad kredit dengan bijak, elakkan bayar minimum payment kerana kadar faedah yang tinggi boleh membebankan.
4️⃣ Tak Ada Perancangan Persaraan
➝ Jangan hanya bergantung pada KWSP. Mulakan pelaburan atau takaful untuk persaraan lebih selesa. Masa terbaik untuk bermula ialah sekarang!
5️⃣ Tak Ambil Perlindungan Takaful/Insurans
➝ Ramai fikir takaful/insurans ‘membazir’, tetapi ia sebenarnya melindungi kewangan kita daripada risiko besar seperti penyakit kritikal & kemalangan.
6️⃣ Tak Rancang Harta Pusaka
➝ Ramai tak sedar harta boleh ‘beku’ bertahun-tahun jika tiada perancangan. Pastikan anda buat hibah, wasiat, atau faraid supaya waris tidak menghadapi masalah menguruskan aset nanti.
💡 Kesedaran kewangan bermula dengan langkah kecil. Pastikan anda urus wang dengan bijak untuk masa depan yang lebih stabil!
Nak tahu lebih lanjut cara urus kewangan & harta pusaka dengan baik? DM kami untuk sesi konsultasi percuma! 📩
#FinancialPlanning #PerancanganHarta #BijakUrusWang #SimpanDuluBelanjaKemudian
Start your free trial now to experience how our powerful software will help you achieve recruiting success!